Sunday 4 February 2018

SEJARAH SEKOLAH

   


    Sekolah Kebangsaan Taman Tun Aminah telah dibuka pada 1 Julai 1987 dan merupakan sekolah kebangsaan perintis di Taman Ungku Tun Aminah, Skudai. SK Taman Tun Aminah ini mengambil sempena nama taman perumahan di mana sekolah ini terletak dan taman perumahan ini pula mengambil sempena nama Al-marhumah Sultanah Johor ke-2, Ungku Tun Aminah. Sekolah ini mempunyai 9 orang tenaga pengajar ketika itu dengan jumlah murid seramai lebih kurang 220 orang.

     Pentadbiran sekolah ini diterajui oleh Tuan Haji Mahbob bin Abd. Rahman yang merupakan guru besar pertama di sekolah ini. Enam aliran telah diwujudkan dengan setiap aliran dengan satu kelas bagi setiap aliran. SK Taman Tun Aminah mengamalkan sistem persekolahan satu sesi ketika itu. Dua blok bangunan tiga tingkat telah didirikan bagi menampung semua murid. Majoriti murid-murid sekolah ini menetap di Taman Ungku Tun Aminah. SK Taman Tun Aminah pernah menjalankan persekolahan dua sesi iaitu pagi dan petang dengan enrolmen murid mencecah bilangan tertinggi seramai 2192 orang pada tahun 1994. Keadaan ini berubah apabila banyak taman perumahan baru dibina di sekitar Taman Ungku Tun Aminah.

No comments:

Post a Comment