SEKAPUR SIREH DARIPADA GURU
BESAR
Kata alu-aluan
Assalamualaikum wbt , selamat sejahtera
serta salam muafakat Johor.
Alhamdulillah
sama-samalah kita panjatkan kesyukuran di atas nikmat yang Allah berikan
membolehkan kita sama-sama mengorak langkah dengan penuh semangat menghadapi
2018 yang semestinya penuh dengan cabaran dan dugaan yang perlu kita hadapi
bersama dalam satu semangat kesepakatan dan kesatuan yang penuh ikhlas atas
satu matlamat iaitu menjayakan amanah yang Allah berikan kepada insan terpilih
yang bergelar guru.
Kepada
seluruh warga kerja SK Taman Tun Aminah, Selamat Tahun Baru yang
semestinya kalian semua menggalas satu
azam ke arah mempersiapkan generasi muda untuk menghadapi keperluan abad ke-21
dan penuh yakin untuk berhadapan dengan peningkatan harapan ibu bapa serta
masyarakat terhadap dasar pendidikan negara.
Tuntutan
terhadap menyediakan modal insan yang menjadi permata pewaris bangsa yang
seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek bukanlah satu tugas mudah
dan boleh di pandang remeh. Tugas ini sudah tentu memerlukan segala kepakaran,
kesungguhan, pengalaman dan doa supaya generasi yang bakal kita lahirkan akan
meneruskan kesinambungan dan ketamadunan yang kita bina hari ini.
Transformasi pendidikan di sekolah ini hanya akan berjaya
apabila mendapat sokongan dan komitmen yang berterusan daripada semua pihak
agar melibatkan diri dengan penuh aktif dan menyeluruh dalam melaksanakan tugas
sebagai pemudahcara kepada anak didik di sekolah, justeru guru akan menjadi
pemimpin dalam bilik darjah melalui pembangunan diri dan profesional yang
berterusan.
Manakala
pemimpin sekolah pula akan berperanan sebagai pemimpin pengajaran yang
cemerlang, bukan sahaja sebagai ketua pentadbir tetapi bersedia meluangkan
lebih masa untuk melatih pasukan kerja yang ada serta meletakan diri sebagai
agen perubahan di sekolah dan dalam komuniti. Ibu bapa pula akan menjadi rakan
kongsi dalam pembelajaran anak-anak mereka dan bekerjasama rapat dengan
pemimpin sekolah dan guru untuk menyokong pembelajaran anak di sekolah dan di
rumah.
Sama-samalah
kita berpijak di bumi nyata dan menerima hakikat serta sedar bahawa setiap anak
yang kita didik di sini mempunyai hak untuk mendapat pendidikan yang
menyediakan mereka menjadi modal insan yang produktif yang menyumbang kepada
kemakmuran negara, untuk itu menjadi tanggungjawab kita semua melengkapkan
mereka dengan pengetahuan, kemahiran pemikiran kritikal, kemahiran dwibahasa,
etika dan kerohanian serta identiti nasional yang utuh.
No comments:
Post a Comment