Sunday 4 February 2018

BENGKEL PENARAFAN KIT PA 21

TARIKH : 30 JANUARI 2018
MASA : SELASA 
TEMPAT : DEWAN BESTARI, SKTTA 
SASARAN : SEMUA GURU




PIAGAM PELANGGAN



PIAGAM PELANGGAN
SK Taman Tun Aminah


*       Memberikan perkhidmatan penyayang dan layanan adil tanpa mengira latar belakang untuk memperkembangkan potensi melalui pendidikan yang seimbang dan bermutu

*       Melahirkan insan yang bertanggungjawab, berakhlak mulia, berdisiplin dan berkasih sayang

*       Mendidik dan membimbing melalui proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dalam kurikulum dan kokurikulum

*       Membimbing murid-murid yang berbilang bangsa dan kaum menjadi bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatu padu.

*       Membantu murid ke arah kecemerlangan dalam kurikulum dan kokurikulum

*       Mewujudkan satu alam pembelajaran yang nyaman, selesa, aman, bersih dan selamat

*       Memastikan suasana sekolah yang bersih, ceria, selesa dan berbudaya serta dapat melaksanakan tugas dengan penuh tanggungjawab dan berkesan membuka peluang serta perkembangan ilmu ke arah peningkatan profesionalisme diri.

*       Memberi perkhidmatan yang cekap, cepat, tepat, bermutu dan mesra disamping peka kepada pandangan dan maklum balas yang diterima.

SUMBANGAN MINUMAN BERKHASIAT "VITAGEN" SECARA PERCUMA

TARIKH : 5 FEBRUARI 2018
HARI : ISNIN 
TEMPAT : DEWAN BESTARI, SKTTA









 

KATA ALUAN GURU BESAR SK TAMAN TUN AMINAH



SEKAPUR SIREH DARIPADA GURU BESAR
                
Kata alu-aluan



Assalamualaikum wbt , selamat sejahtera serta salam muafakat Johor.

 

 Alhamdulillah sama-samalah kita panjatkan kesyukuran di atas nikmat yang Allah berikan membolehkan kita sama-sama mengorak langkah dengan penuh semangat menghadapi 2018 yang semestinya penuh dengan cabaran dan dugaan yang perlu kita hadapi bersama dalam satu semangat kesepakatan dan kesatuan yang penuh ikhlas atas satu matlamat iaitu menjayakan amanah yang Allah berikan kepada insan terpilih yang bergelar guru.



Kepada seluruh warga kerja SK Taman Tun Aminah, Selamat Tahun Baru yang semestinya  kalian semua menggalas satu azam ke arah mempersiapkan generasi muda untuk menghadapi keperluan abad ke-21 dan penuh yakin untuk berhadapan dengan peningkatan harapan ibu bapa serta masyarakat terhadap dasar pendidikan negara.



Tuntutan terhadap menyediakan modal insan yang menjadi permata pewaris bangsa yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek bukanlah satu tugas mudah dan boleh di pandang remeh. Tugas ini sudah tentu memerlukan segala kepakaran, kesungguhan, pengalaman dan doa supaya generasi yang bakal kita lahirkan akan meneruskan kesinambungan dan ketamadunan yang kita bina hari ini.



Transformasi  pendidikan di sekolah ini hanya akan berjaya apabila mendapat sokongan dan komitmen yang berterusan daripada semua pihak agar melibatkan diri dengan penuh aktif dan menyeluruh dalam melaksanakan tugas sebagai pemudahcara kepada anak didik di sekolah, justeru guru akan menjadi pemimpin dalam bilik darjah melalui pembangunan diri dan profesional yang berterusan.



Manakala pemimpin sekolah pula akan berperanan sebagai pemimpin pengajaran yang cemerlang, bukan sahaja sebagai ketua pentadbir tetapi bersedia meluangkan lebih masa untuk melatih pasukan kerja yang ada serta meletakan diri sebagai agen perubahan di sekolah dan dalam komuniti. Ibu bapa pula akan menjadi rakan kongsi dalam pembelajaran anak-anak mereka dan bekerjasama rapat dengan pemimpin sekolah dan guru untuk menyokong pembelajaran anak di sekolah dan di rumah.



Sama-samalah kita berpijak di bumi nyata dan menerima hakikat serta sedar bahawa setiap anak yang kita didik di sini mempunyai hak untuk mendapat pendidikan yang menyediakan mereka menjadi modal insan yang produktif yang menyumbang kepada kemakmuran negara, untuk itu menjadi tanggungjawab kita semua melengkapkan mereka dengan pengetahuan, kemahiran pemikiran kritikal, kemahiran dwibahasa, etika dan kerohanian serta identiti nasional yang utuh.

HUBUNGI KAMI

SK TAMAN TUN AMINAH

Jalan Pahlawan 4, 
Taman Ungku Tun Aminah,
81300, Skudai, Johor
Tel :075570484 Fax: 07-5583757
Email :jba1060@moe.edu.my
Laman Web : sktta1.blogspot.com 

PRASARANA